Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts

H1N1






Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia




21 Ogos 2009

Dimaklumkan sehingga 21 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 257 kes baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital, manakala 234 kes telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1556 kes sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 220 kes (14%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 220 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU di mana 12 kes merupakan kemasukan baru sementara 3 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 20 kes (45%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), hamil dan bersalin (4), bayi (4), asma (2), obesiti (2) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 21 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 2073 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 233,342 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 46 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,399.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum kesukaran mendapatkan bekalan ubat antiviral pada masa kini. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan bekalan ubat antiviral dari fasiliti kesihatan swasta yang menyertai rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Ianya boleh diperolehi pada harga tidak melebihi RM80.00. Bagi fasiliti kesihatan swasta yang ingin menyertai rangkaian tersebut, sila layari http://www.h1n1.net.my/ untuk maklumat lanjut.

Orang ramai digesa untuk memberi perhatian serius tentang langkah-langkah pencegahan jangkitan influenza A(H1N1) untuk mengekang penularan wabak H1N1. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk mengutamakan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1. Apabila berada di tempat awam yang sesak, adalah dinasihatkan supaya individu-individu yang mempunyai symptom influenza-like illness(ILI) memakai mask bagi mengelakkan penularan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang ramai.

2.Bagi individu-individu yang mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, asma, penyakit paru-paru yang kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti yang rendah adalah digalakkan memakai mask bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan.

3.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan mendapat komplikasi akibat jangkitan influenza A(H1N1).

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin terus menegaskan bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada kumpulan-kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

1. Individu yang mempunyai gejala influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko seperti wanita mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti rendah.

2. Individu yang mempunyai gejala ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).

3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika gejala jangkitan influenza A(H1N1) menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03­88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia meminta orang ramai terus memberi kerjasama berterusan untuk menangani penularan wabak influenza A(H1N1) ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 21 Ogos 2009


KAMI MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!


Kes H1N1 Di Malaysia Terkawal: Liow




KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Penularan penyakit influenza A(H1N1) di Malaysia adalah terkawal dan tidak mencapai tahap wabak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian berkenaan diletakkan dalam keadaan cukup berjaga-jaga dan berusaha keras bagi membendung penularan penyakit itu memandangkan virusnya mudah merebak dengan cepat.

"Kami amat berwaspada kerana tidak mahu ia merebak di negara ini dan sebab itulah kami segeramengenakan kuarantin terhadap pesakitnya.

"Sekiranya penularan mencapai tahap 6, kami akan ambil langkah seterusnya dengan pergi kepesawat yang mendarat di lapangan terbang kita bagi melakukan pemeriksaan, terutama pesawat dari negara yang mencatat banyak kes jangkitan influenza A(H1N1)," katanya kepada media selepas melancarkan logo dan laman web Pelancongan Kesihatan Malaysia di sini.

Liow berkata kementerian itu juga memantau dengan teliti keadaan di Singapura dan akan melakukan saringan di Johor sebaik saja Singapura melaporkan wujud jangkitan penyakit itu di negara berkenaan. Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak melanggar arahan kuarantin bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

"Terdapat satu kes melibatkan warga asing, yang lari dari tempat dia dikenakan kuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dia telah dikenakan tindakan," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan Selasa ini berkata tiada kes baru H1N1 dilaporkan, dan ini menjadikan keseluruhan kes yang disahkan kekal dengan tujuh kes import.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata daripada 5 orang yang menerima rawatan antiviral, tiga dibenarkan pulang hari ini.

Katanya 61 kontak baru telah dikesan dan ini menjadikan jumlah mereka yang dikenakan kurantin di rumah sebanyak 179.

"Pecahan kontak yang sedang dikuarantin adalah daripada 14 kontak kepada kes ketiga, 46 kontak kes ke-4 dan ke-5, 26 kontak kes ke-6 dan 93 kontak kes ke-7," katanya.

Mohd Ismail berkata kementerian itu sedang mengesan kontak lain, termasuk mereka yang menggunakan penerbangan yang sama dengan kesemua kontak berkenaan.

Sehubungan itu, kata beliau, kementerian berkenaan meminta semua penumpang pesawat MH091 yang mendarat di KLIA pada pukul 7.15 pagi 3 Jun 2009, pesawat AK702 yang mendarat di LCCT pada pukul 1 tengah hari 3 Jun dan pesawat AirAsia X D7 2723 yang mendarat di LCCT, Sepang pada pukul 7 pagi 5 Jun supaya menghubunginya melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 antara pukul 8 pagi dan 9 malam.

Mohd Ismail berkata sehingga pukul 9 malam semalam, kementerian berkenaan menerima 22 pemakluman kes yang mempunyai tanda-tanda jangkitan influenza A(H1N1) selepas mereka yang terbabit, pulang dari negara yang mencatat penyakit itu.

Katanya mereka yang berkenaan dimasukkan ke wad pengasingan di tujuh hospital bagi tujuan rawatan dan pemeriksaan.

"Daripada 22 notifikasi ini, 14 didapati negatif influenza A(H1N1)dan lapan masih menunggu keputusan," katanya.

Sehingga kini, jumlah individu yang diperiksa kerana mempunyai simptom jangkitan influenza A(H1N1) selepas pulang dari negara yang mencatat kes penyakit itu ialah 516, dengan tujuh kes disahkan positif H1N1 dan lapan masih menunggu keputusan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ialah 25,506, dengan 139 kematian, melibatkan 73 negara --pertambahan sebanyak 3,335 kes dan 14 kematian berbanding hari sebelumnya.

Empat negara didapati mencatat kes pertama penyakit berkenaan iaitu Kepulauan Caymen (1), Republik Dominica (1), Trinidad dan Tobago (2) dan Emiriah Arab Bersatu (1).

Mengenai bidang penjagaan kesihatan di negara ini, Liow berkata kementerian itu akan mengemukakan satu memorandum kepada jemaah menteri mengenai cadangan penubuhan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan, yang akan bekerjasama dengan agensi lain dan sektor swasta bagi mempromosikan pelancongan penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh negara ini.

Beliau berkata selain 35 hospital swasta yang telah dikenal pasti akan terlibat dan mempromosikan bidang itu, beliau berharap lebih banyak hospital akan menyertainya.

Pada 2008, sebanyak 374,063 rakyat asing mendapatkan rawatan di negara ini, meningkat 10 kali ganda berbanding 10 tahun sebelumnya, kata beliau.

Pada 2005, Deloitte Medical Tourism Report dan Research and Consultancy Solution (RNCOS) melaporkan bahawa Singapura, Thailand dan Malaysia merupakan antara destinasi paling digemari di Asia Timur bagi tujuan mendapatkan rawatan.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan lima destinasi pelancongan perubatan teratas di dunia pada 2008 oleh Nuwirei Investors -- satu sumber berita secara dalam talian berkaitan pelaburanhartanah dan peluang pelaburan lain.-- BERNAMA


KAMI MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!


Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia



22 Ogos 2009

Dimaklumkan sehingga 22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 230 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke wad, manakala 310 pesakit telah didiscaj keluar menjadikan baki seramai 1,476 pesakit sedang dirawat di 102 buah hospital termasuk 3 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 316 pesakit (21%) yang disahkan positif H1N1.

Dari 316 kes yang disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana 4 kes merupakan kemasukan baru sementara 8 kes dipindah keluar dari ICU. Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63%) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma/COAD (3), obesiti (3), mengandung/postnatal (1) dan kanak-kanak istimewa (1).

Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1)didaftarkan pada hari ini.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dan melibatkan 182 buah negara. Sehingga 22 Ogos 2009 jam 8.00 pagi, terdapat peningkatan kes jangkitan influenza A(H1N1) sebanyak 1,227 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 234,569 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 34 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,433. Ini tidak menunjukkan gambaran sebenar oleh kerana WHO tidak lagi mewajibkan pelaporan kes.

Kementerian Kesihatan masih menerima pertanyaan dari orang ramai dan pengamal perubatan swasta tentang bekalan ubat antiviral melalui program rangkaian Klinik Cegah dan Rawat H1N1 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia pada 20 Ogos 2009. Pengamal Perubatan yang ingin menyertai program tersebut dan orang ramai yang ingin mengetahui senarai klinik-klinik yang terlibat diminta melayari http://www.h1n1.net.my untuk maklumat lanjut.

Usaha mengekang penularan wabak H1N1 memerlukan kerjasama semua. Individu yang mempunyai gejala ILI bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan jangkitan dengan tidak mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak termasuklah Bazaar Ramadhan, masjid dan lain-lain rumah ibadat. Ini adalah kerana anda masih boleh menyebarkan penyakit walaupun mengalami gejala demam dan batuk yang ringan. Sekiranya anda terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam, pemakaian mask menjadi kemestian sepanjang masa. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan. Buangkan tisu ke dalam bakul sampah dan basuh tangan anda menggunakan air dan sabun sebelum menyentuh atau bersalaman dengan orang lain. Langkah-langkah pencegahan ini adalah perlu memandangkan kesan jangkitan adalah serius, terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti wanita mengandung, obes, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes dan golongan dengan imuniti rendah.

Orang awam juga perlu memainkan peranan untuk menasihati individu yang menghidap demam atau batuk yang berada di tempat awam, seperti rumah ibadat, untuk memakai mask, menjarakkan diri (social distancing) atau berehat di rumah.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Kementerian Kesihatan Malaysia meminta orang ramai terus memberi kerjasama berterusan untuk menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 22 Ogos 2009

KAMI MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!

Mega 1 Capsule



MEGA 1 CAPSULE secara amnya adalah hasil campuran beberapa jenis herba tradisional yang dirumus khas untuk memberikan kesan bagi sesiapa yang berhajat untuk melansingkan badan. Di pek dalam bentuk kapsul dan mengandungi 60 biji sebatol. Sudah semestinya ia HALAL dan mempunyai kelulusan KKM.


MEGA 1 CAPSULE
ini berfungsi:
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit.
  • Membakar lemak dan membersihkan usus.
  • Membantu mengimbangkan hormon.
  • Menghalang penyerapan kalori.
  • Menyingkirkan air dan toksik
  • Menghalang penyerapan gula dan karbohidrat.
  • Meningkatkan penglihatan.
  • Mengecutkan organ-organ yang bengkak.
  • Menghentikan cirit-birit.
  • Melancarkan darah dan pencernaan.
  • Melansingkan bentuk badan dengan berkesan.


MEGA 1 CAPSULE
secara uniknya menguatkan sel-sel, mempercepatkan metabolisme lemak pada pinggang, pinggul,leher dan lengan. Ia juga membantu mengecilkan saiz sel-sel yang besar dalam proses pembentukan badan yang sihat. Pengguna tidak akan mengalami proses nyahhidrat, sebaliknya MEGA 1 CAPSULE bertindak untuk mengembalikan kekenyalan dan ketegangan kulit secara langsung.




Mari kita lihat apakah jenis herba tradisional yang terkandung dalam produk MEGA 1 CAPSULE ini:

CASSIA ALATA CORTEX

  • Membantu meningkatkan penglihatan, membersihkan usus dan membakar lemak.
CINNAMOMUM INNERS CORTEX
  • Menyeimbangkan hormon
EKSTRAK RHIZOMA ZINGIBERIS OFFICINALE
  • Mengeluarkan angin yang berlebihan dalam badan dan melancarkan pengaliran darah.
FOLIUM MELUMBO NUCIFERA
  • Menghentikan cirit birit.
FRUCTUS CRATEGUS PINNATIFIDA
  • Melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan sistem pencernaan.
FOLIUM CAMELIA SINENSIS
  • Membantu mengurangkan pengumpulan lemak dan menjalankan ditoksifikasi.
GARCINIA CAMBOGIA
  • Sangat kaya dengan fiber, membantu meningkatkan pembakaran lemak dan melansingkan bentuk badan dengan berkesan.
HIPPOCRATEA INDICA RADIX
  • Menjadikan kulit lebih tegang.
NIGELLA SATIVA
  • Membantu membersihkan usus dan menjalankan detoksifikasi.
RHIZOMA ALISMA ORIENTALE
  • Membantu mengecutkan organ-organ yang bengkak dan menyingkirkan air yang teperangkap dalam badan.
  • Tiga hari pertama adalah tempoh penyesuaian. Sila ambil 1 biji sahaja selepas sarapan.
  • Bermula dari hari yang keempat adalah tempoh penguatan, ambil dua kali sehari, sekali 1 biji.
  • Diamalkan 1 biji selepas sarapan pagi dan 1 biji selepas makan tengahari.
  • Minum 2500ml air setiap hari.
  • Jangan memakan KAPSUL MEGA1 lebih dari 3 biji sehari.
  • Kajian telah menunjukkan purata kekurangan berat sebanyak 4kg hingga 6kg boleh dicapai setelah mengamalkan pengambilan Mega1 secara berterusan selama 1 bulan (keberkesanannya bergantung kepada bentuk fizikal individu).
Harga Mega 1 Capsule ini kami rasa tidaklah membebankan pengguna. Ianya RM289 sekotak, mari lihat beberapa tawaran hebat di sini.

PERINGATAN: Produk MEGA 1 ini TIDAK mengandungi Fenfluramine, Sibutramine, Phentermine, Caffeine, Nicotamide.

Inilah kelebihan Mega 1 Capsule.

Mega 1 Rose Tea



MEGA 1 ROSE TEA

MEGA 1 ROSE TEA secara asasnya merupakan teh yang diadun dari Kelopak Bunga Ros asli bersama daun teh thyme, Daun Teh Hijau dan Daun Raspberry, di proses bersama supaya sebati dan dibungkus dalam bentuk uncang ( tanpa tali ) dimuatkan dalam 1 kotak yang berisi 30 uncang (di cadangkan untuk 30 hidangan). Sudah semestinya ia HALAL dan mempunyai kelulusan KKM



Mari kita lihat fungsi serta peranan setiap kandungan MEGA 1 ROSE TEA ini:
  • Kelopak bunga ros : mendatangkan ketenangan jiwa serta mampu melegakan kesakitan semasa haid.
  • Daun teh thyme : membantu mengeluarkan peluh serta mengurangkan kepanasan juga menghilangkan perut gembung.
  • Daun teh hijau : berupaya mencegah kanser & penuaaan serta menurunkan tekanan darah.
  • Daun raspberry : berkhasiat menghilangkan kebengkakan, menghilangkan toksik serta mengatasi kehausan.


Kesan MEGA 1 ROSE TEA
ini berfungsi:
  1. Memecahkan bakteria berbahaya yang terhimpun di dalam usus.
  2. Membersihkan sepenuhnya usus besar & usus kecil.
  3. Mencegah hasil buangan diserap semula oleh usus
  4. Memendekkan tempoh penyimpanan lemak & air dalam badan.
  5. Membersihkan limpa.
  6. Mengurangkan pengumpulan lemak sekaligus menghapus secara terperinci.
  7. Mengecilkan saiz pinggang.
  8. Menghapuskan radikal bebas.
  9. Mencantik & mencerahkan kulit.
  10. Menghapuskan nafas berbau.
  11. Meningkatkan sistem pencernaan.
  12. Melegakan tekanan perasaan(STRESS)
  13. Membantu pengeluaran najis terkumpul.

*Gambar sekadar hiasan

Cara hidangannya adalah sediakan air mendidih sekitar 600ml dalam cawan, kemudian masukkan@rendamkan seuncang MEGA 1 ROSE TEA dalam cawan tersebut sekitar 10 minit hingga 15minit kemudian perlahan-lahan anda boleh hirup@minum.
Cukup sekadar seuncang sehari tetapi jika mengalami sembelit yang teruk digalakkan minum 2 uncang sehari.

Harga Mega 1 Rose Tea ini kami rasa tidaklah membebankan pengguna. Ianya RM79.90 sekotak, anda juga boleh mendapatkan pek percubaan di sini bagi merasai dahulu kehebatnnya.

PERINGATAN: Produk MEGA 1 ini TIDAK mengandungi Fenfluramine, Sibutramine, Phentermine, Caffeine, Nicotamide.

Inilah kelebihan Mega 1 Rose Tea.

Sijil Produk Mega 1



Salam sejahtera kepada sekalian pelawat weblog ini, disini dilampirkan Sijil sah untuk produk yang pihak syarikat pasarkan dan kami harap anda tidak lagi was-was menggunakan produk yang kami keluarkan:

1) SIJIL HALAL
Menurut JAKIM: Sijil Halal adalah satu perakuan bahawa produk yang dihasilkan adalah halal, bersih dan boleh dimakan, diminum atau digunakan oleh umat Islam dengan selamat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diberi kuasa untuk memeriksa dan mengesahkan bahawa sesebuah syarikat menepati kriteria untuk mendapatkan sijil halal. Sijil Halal JAKIM hanya akan dikeluarkan oleh pihak JAKIM jika produk-produk yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh syarikat terbabit memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
  • CERTIFICATE OF HALAL PRODUCT from HALAL FOOD COUNCIL INTERNATIONAL (Malaysia & Asia Region)
  • Pengesahan HALAL : BL/HFC/MY-P:207/07 untuk produk MEGA 1 ROSE TEA dan MEGA 1 CAPSULE

Gambar 1 : Sijil Halal Produk Mega 1


2) SIJIL HSA ( Singapura )
Sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh HEALTH SCIENCES AUTHORITY ( Singapura ) membuktikan produk keluaran MEGA 1 SDN BHD ini selamat digunakan

Gambar 2 & 3 : Sijil Pengesahan dari HSA bagi Produk Mega 1

3) Laporan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Dengan adanya laporan ini melayakkan produk keluaran MEGA 1 SDN BHD mendapat pengiktirafan & kepercayaan badan kerajaan tentang keselamatan penggunaan produk ini
  • Kod sijil KKM untuk MEGA 1 ROSE TEA ADALAH MAL08091516TC
  • Kod sijil KKM untuk MEGA 1 CAPSULE ADALAH MAL06030963TC

Gambar 4 : Laporan KKM untuk MEGA 1 ROSE TEA


Gambar 5 : Laporan KKM untuk MEGA 1 capsule


4) LAIN-LAIN SIJIL / LAPORAN / DOKUMEN


Gambar 6 : Laporan makmal untuk MEGA 1 Rose Tea


Gambar 7 : Laporan makmal untuk MEGA 1 Capsule

MEGA 1 Sdn. Bhd.



MEGA 1 SDN BHD

MEGA 1 SDN BHD telah beroperasi tahun 2004, terletak di selatan tanah air iaitu negeri Johor Darul Ta'zim. MEGA 1 SDN BHD mengadaptasikan teknologi maju serta terkini dari Switzerland bersama herba tradisional China mewujudkan produk kesihatan dan pelansingan yang sangat hebat ( MEGA 1 ROSE TEA & MEGA 1 CAPSULE ).



Produk yang dibangunkan MEGA 1 SDN BHD telah menjalani ujian klinikal dimana terbukti selamat dan halal kerana ini salah satu faktor yang MEGA 1 SDN BHD anggap amat penting supaya ia lebih terjamin. Selain itu, produk yang telah dikeluarkan ( MEGA 1 ROSE TEA (MAL08091516TC), MEGA 1 CAPSULE (MAL06030963TC) ) juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia juga Singapura ( HSA ) maka ia membuktikan produk ini sangat efisyen, berkualiti dan selamat digunakan.



Tambahan lagi,dengan keyakinan dan kepercayaan pengguna sekian lama serta permintaan yang tinggi kami yakin produk-produk( MEGA 1 ROSE TEA & MEGA 1 CAPSULE ) kami ini mampu bersaing dalam kumpulan seumpamanya berdasarkan implimentasi strategi pemasaran secara 'trading' bukan berkonsep 'MLM'.


SIFAT PRODUK MEGA 1

Sifat utamanya produk MEGA 1 adalah mampu meningkatkan metabolisma jadi penyerapan nutrisi yang diperlukan oleh badan tidak akan dipengaruhi setelah mengambil produk MEGA 1, kulit akan menjadi tegap dan kenyal serta dapat mengembalikan bentuk badan cantik dan lansing.

MEGA 1 product ini mampu mengurangkan lemak di bahagian pinggang, abdomen, punggung dan leher, menyusutkan berat badan ke tahap yang dihajati buat selama-lamanya. Sepanjang tempoh pengambilan MEGA 1 product ini pengguna tidak perlu mengawal pemakanan secara ketat, pengguna boleh makan seperti biasa. Harus diketahui, bahawa berat badan yang sihat boleh dicapai bergantung pada MEMAKAN bukan BERLAPAR.


MEGA 1 PILIHAN YANG TEPAT

Masyarakat sekarang berada pada irama hidup modenisasi dimana kebanyakannya secara 'instant', '3 in 1' dan sebagainya membuatkan kami mencipta produk MEGA 1 ini yang amat mudah cara pengambilannya maka produk MEGA 1 mudah diambil, senang untuk membantu anda mencapai bentuk badan yang diingini, bermutu tinggi, selamat dimakan menjadi pilihan utama bagi golongan yang mahu mengurangkan berat badan.

Dinasihatkan bahawa sebelum anda mengambil sesuatu produk pelansingan ( 'slimming product' ) / produk penurunan berat badan ( 'weight loss product' ), anda perlulah memastikan bahawa produk tersebut adalah sah dan selamat barulah anda boleh 'MENGURANGKAN BERAT BADAN' bukannya 'MENGURANGKAN JANGKA HAYAT'.


TIADA JALAN PINTAS UNTUK KURUS

Metabolisme badan memerlukan kelajuan tertentu, tindakan menguruskan badan secara drastik bukanlah satu perkara yang baik kerana kebiasaanya ia adalah sementara sahaja kerana berat badan anda mampu meningkat semula secara mendadak dikemudian hari. Kami pasti anda tidak akan gemar keadaan ini terjadi kan???

Keadaan sebegitu selalunya disebabkan pengambilan kalori yang kurang tetapi banyak pula dibakar sememangnya penurunan berat badan mampu turun dengan sangat cepat. Mega 1 menggalakkan pengambilan kalori(makan) kerana ia perlu untuk metabolisma kerana pengawalan makanan terlalu ketat tidak membantu pengurangan badan.

Sekiranya anda mahu mengubah gaya hidup barulah dapat memiliki tubuh yang sempurna dan kehidupan yang sihat dengan mengambil gizi yang seimbang, melakukan senaman serta produk MEGA 1 sebagai satu pelengkap dengan satu tujuan iaitu melansingkan badan dengan sempurna.


PROSES PELANSINGAN MEGA1

Minggu 1 ~ 4
Menjalankan detoksifikasi, meningkatkan pembakaran lemak, membersihkan kolon, menghilangkan edema.

Minggu 5 ~ 8
Mengimbangkan metabolisma, melancarkan peredaran darah, mencegah gula dari bertukar menjadi lemak, mengurangkan lilitan pinggang.

Minggu 9 ~ 12
Menyeimbangkan perembesan hormon, berat badan menurun sehingga mencapai berat yang sihat menegangkan kulit serta mencergaskan badan.


Inilah antara kehebatan produk pelansingan keluaran MEGA 1 SDN BHD.