APA ITU OBESITI?Obesiti ialah sejenis
penyakit nutrisi & seseorang dikatakan
obes jika:
Indeks Jisim Badan (
BMI) melebihi 40 atau 35 beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.
SEMAKIN MERUNCING!!! Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :- Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
- Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
- Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
- Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
- Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
- Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
KLIK UNTUK BACA LAPORAN SLIDE OBESITI
PETIKAN RENCANA 1
Dapatkah obesiti pada anak anda diramal?
Kajian pediatrik terkini telah mendedahkan satu aspek penting tentang misteri obesiti: bukan sekadar kesan dari diet dan kurang bersenam, risiko obesiti seseorang anak seolah-olah telah ditentukan ketika peringkat kritikal perinatal lagi, iaitu pada saat kelahiran dan tempoh sekitarnya.
Penemuan penting ini merupakan satu kemajuan besar dalam aspek penjagaan kanak-kanak kerana ia membolehkan kanak-kanak yang berisiko tinggi dikenal pasti awal dan diberi perhatian sewajarnya, lantas mengelakkan mereka dari menghadapi masalah kesihatan seumur hidup.
Anak Obes
Kesan obesiti yang menggugat kesihatan dan meruntun emosi ini kini bukan hanya terjadi di kalangan orang dewasa sahaja. Statistik terbaru menunjukkan bahawa 22 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia mengalami kegemukan keterlaluan. Sungguhnya, ahli-ahli sains bimbang dengan peningkatan bilangan kanak-kanak yang menghidap gejala ini, bilangan yang saban tahun kian meningkat.
Asia, yang suatu ketika dahulu kalis akan masalah ini kerana perbezaan diet dan gaya hidup, kini dilaporkan mengalami peningkatan mendadak kes-kes obesiti di kalangan kanak-kanak.
Di Malaysia, bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan telah meningkat daripada 4% kepada 9.8% dari awal tahun 1990'an hingga tahun 2000. Tahun ini, laporan awal sebuah kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati bahawa 1 orang daripada 4 kanak-kanak sekolah adalah terlalu gemuk atau obes. Kajian itu dijalankan ke atas 13,000 kanak-kanak dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.
Obesiti bukan sekadar menjejaskan kehidupan seharian dan menurunkan kualiti hidup, ia turut mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit-penyakit orang dewasa yang serius termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak yang terlalu gemuk dan obes lebih cenderung menjadi seorang dewasa yang terlalu gemuk dan obes.
Mengenalpasti risiko obesiti
Saintis mendapati bahawa risiko obesiti di kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh 2 faktor: keadaan nutrisi ibu ketika hamil dan keadaan nutrisi kanak-kanak ketika bayi.
Kedua-dua keadaan, sama ada kurang zat atau terlebih zat ketika ibu hamil, boleh meningkatkan risiko janin menjadi terlalu gemuk dan obes. Ini bermakna pengambilan ekstrem di mana-mana hujung spektrum zat pemakanan adalah membahayakan: diet ibu mengandung yang kekurangan nutrien utama boleh meningkatkan risiko obesiti kepada anak yang dikandungnya sama seperti jika dia mengamalkan diet yang tinggi kandungan lemak, gula dan kalorinya.
Begitu juga, bayi yang sama ada terlebih zat atau kekurangan zat ketika awal usia tumbesarannya bakal mengalami kesan berpanjangan dalam pengawalan berat badan. Sebagai contoh, anak yang lahir kurang berat badan dan kemudiannya diberi makanan formula untuk 'mengejar' pertumbuhan akan cenderung menjadi obes pada kemudian hari.
Mengapa nutrisi awal mempengaruhi risiko obesiti?
Kata kuncinya ialah konsep 'pemprograman', ditakrifkan secara kasar sebagai satu proses bila sesuatu rangsangan (iaitu perubahan yang boleh dikesan dalam persekitaran luaran atau dalaman) yang dialami pada tempoh kritikal mungkin memberi kesan jangka panjang atau mungkin seumur hidup.
Bagi seseorang bayi, pertumbuhan dan perkembangan kritikal otaknya berlaku semasa trimester terakhir sehinggalah tahun kedua hidupnya. Dalam tempoh ini, otak menjadi sangat sensitif, dan perubahan persekitaran terutamanya dari segi zat pemakanan, boleh memberi kesan bertentangan kepada organ itu.
Justeru, bukti menyarankan bahawa perkembangan pemprograman tersebut pada jaringan otak yang mengawal selera ketika tempoh perinatal menjadikan seseorang kanak-kanak terlalu gemuk dan obes.
Bolehkah saya mencegah anak saya dari menjadi obes?
Obesiti ialah penyakit yang sangat kompleks dan kajian sedia ada hanyalah sekelumit dari pemahaman penuh gejala ini. Walau bagaimanapun, semua doktor bersependapat bahawa kegemukan dan obesiti sangat sukar untuk dirawat sama ada melalui pembedahan mahupun dengan penggunaan ubat penurunan berat ( weight loss product ) badan.
Namun begitu, semua ini boleh dicegah dan ada langkah mudah lagi berkesan yang anda boleh ambil untuk mempastikan anak anda tidak turut terjebak.
Ibu mengandung, jauhi makanan tepu kalori, lazimnya dikenali sebagai makanan ringan (Fast food). Makanan jenis ini tinggi kandungan lemaknya dan gulanya serta mengandungi lebih kalori berbanding beratnya, lagi menggemukkan tapi tidak mengenyangkan. Ibu-ibu, kurangkan anak anda dari mengambil makanan sebegini.
Makan 5 hidangan buah dan sayur sehari seperti yang disarankan. Cuaca tropika kita menghasilkan pelbagai jenis buah dan sayuran yang segar. Anda (dan anak anda) tidak akan mudah jemu.Amalkan meminum air kosong dan bukannya minuman ringan tinggi gula. Jus dalam kotak atau botol juga mengandungi gula dan pewarna yang banyak, apa-apa lagi minuman di gerai mamak dan penjaja. Tanamkan tabiat melakukan aktiviti fizikal dan bersenam secara berterusan.
Jadi, betulkah obesiti boleh dijangka?
Jawapan ringkasnya ialah: kajian demi kajian menunjukkan bahawa risiko obesiti sangat berkait rapat dengan nutrisi awal dan nutrisi ibu ketika mengandung. Jadi dalam kes ini, pepatah 'pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan' adalah tepat sekali. Tanamkan tabiat pemakan yang baik di rumah dan berikan anak-anak model terbaik untuk dicontohi dengan mengamalkannya sendiri, terutamanya ketika mengandung.
Sumber : UTUSAN MALAYSIA,Khamis, 23/04/2009.
MEGA 1 MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!PETIKAN ARTIKEL 2
Pinggang ramping hidup lebih bahagia?Oleh ROSMAWATI MION
Sumber Utusan Online
HAMPIR setiap individu pasti pernah mengalami peningkatan berat badan, apatah lagi apabila usia meningkat.
Namun, apa yang dibimbangkan adalah apabila berat badan meningkat tanpa kawalan hingga akhirnya seseorang itu dibelenggu masalah obesiti.
Dahulu, keburukan gemuk atau obesiti lebih dipandang dari sudut fizikal semata-mata kerana ia mencacatkan penampilan seseorang. Tetapi kini ia dianggap satu penyakit berbahaya kerana mampu mengundang pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetis, angin ahmar dan kanser.
Berdasarkan satu kajian, kira-kira 30 peratus masyarakat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 16 peratus daripada mereka dikategorikan sebagai obesiti.
Dalam mengukur kegemukan diri, ramai maklum bahawa ia berlandaskan berat badan mereka dan Indeks Berat Badan (BMI) seseorang.
Bagaimanapun, tiada siapa tahu semakin ramping pinggang seseorang itu tandanya mereka semakin meninggalkan masalah kegemukan atau obesiti daripada hidup mereka, malah bakal menjalani kehidupan lebih bahagia.
Ukuran pinggang sebenarnya adalah satu cara paling ringkas dalam mengukur kandungan lemak badan yang terkumpul di pinggang.
Mungkin ramai tidak sedar lemak yang terkumpul di bahagian pinggang akan menimbulkan risiko kesihatan lebih tinggi berbanding lemak pada bahagian lain seperti pinggul atau paha.
Kehadiran lemak di bahagian pinggang akan meningkatkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi dalam darah dan semua itu merupakan faktor risiko utama yang membawa kepada penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
‘‘Sebab itu kajian mendapati individu yang mempunyai pinggang ramping lebih cenderung memiliki kehidupan lebih bahagia kerana dengan berat badan yang ideal, kita mampu mendapatkan kepuasan dalam hidup ditambah memiliki badan yang sihat,” kata Pensyarah Kanan Psikologi Klinikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng Lai Onn.
Menurut beliau, penemuan menarik hasil kajian kempen Happy Weight With 10 yang dianjur oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dan Abbott Laboratories itu turut mendapati bahawa mereka yang berpinggang besar memiliki keyakinan diri dan tahap kepuasan hidup yang lebih rendah.
Perlu juga diketahui, lelaki secara fizikalnya lebih tinggi dan mempunyai berat badan serta ukuran pinggang yang lebih besar berbanding wanita.
Malah, wanita yang berusia antara 36 dan 40 tahun juga mempunyai ukuran pinggang lebih besar berbanding wanita muda (usia 21 dan 30 tahun).
Jelasnya, wanita sepatutnya memiliki ukuran pinggang 81.2 sentimeter (32 inci) ke bawah manakala lelaki 94 sentimeter (37 inci) ke bawah dan jika melebihi, seseorang itu bukan sahaja lebih berisiko untuk menambah lagi berat badan, tetapi turut mendekatkan diri kepada penyakit berbahaya.
Penyakit mental
Malah, hasil kajian itu juga mendapati semakin tinggi berat badan seseorang itu, semakin rendah keyakinan dalam diri mereka.
Lebih teruk lagi, kegemukan turut meninggalkan kesan mendalam terhadap diri seseorang apabila mereka sering berpandangan negatif terhadap diri sendiri sehingga akhirnya mendedahkan diri kepada penyakit mental.
‘‘Jika kegemukan dialami sejak kecil, diskriminasi terhadap mereka telah bermula dari zaman kanak-kanak dengan diejek rakan dan ia berlarutan sehingga dewasa menyebabkan keyakinan diri luntur seterusnya dilanda tekanan perasaan.
‘‘Andainya masalah kegemukan tidak diatasi, golongan itu berisiko tinggi untuk mengalami penyakit mental,” katanya ketika membentangkan kertas kerja mengenai hubung kait antara keyakinan dan kepuasan diri dengan berat badan, baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, kajian yang dijalankan ke atas penduduk sekitar Kuala Lumpur itu menunjukkan rata-rata mereka mempunyai BMI yang melepasi garis berat badan unggul dan lebih tepat dikatakan, memiliki berat badan berlebihan.
Sebabnya, wujud corak pemakanan yang tidak sihat di kalangan mereka dengan mengamalkan makan malam berlebihan serta kurang melakukan senaman ekoran kesibukan diri.
‘‘Pada waktu malam kita tidak seharusnya makan banyak kerana pada waktu malam kadar metabolisma badan berada pada tahap yang begitu rendah dan akan menukarkan tenaga yang lebih kepada lemak,” tegasnya.
Turun 10 peratus kurang risiko kesihatan
Dipandang daripada sudut kesihatan, mereka yang gemuk lebih berisiko untuk mati pada usia muda dan melalui kehidupan yang menyakitkan apabila lebih terdedah diserang penyakit kronik.
Namun, apa yang menggembirakan, jika seseorang yang mengalami berat badan berlebihan mahupun obesiti berjaya mengurangkan 10 peratus daripada berat badan mereka, bermakna mereka sedang melangkah untuk menyaksikan peningkatan tahap kesihatan seperti menurunkan risiko menghadapi tekanan darah, jantung dan kencing manis serta tahap kolestrol lebih rendah.
Bagaimanapun, menurut Pakar Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Gleneagles, Dr. Faridah Ismail, tiada jalan mudah untuk mengurangkan berat badan dan ada yang mengambil masa sehingga 10 tahun untuk mendapatkan berat badan ideal mereka.
Justeru katanya, mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan perlu melakukan ia melalui kaedah yang sihat, selamat dan bukannya mengikut trend berdiet yang akhirnya merosakkan diri sendiri.
Seeloknya, diet yang baik adalah dengan menukar cara pemakanan yang selama ini diamalkan, termasuk meningkatkan aktiviti fizikal, mengubah cara kehidupan dan jika semua itu tidak memberikan kesan, mereka perlu berbincang dengan doktor.
Jelasnya, jika seseorang itu obesiti dan berjaya mengurangkan 5 hingga 20 peratus berat badan tersebut secara dasarnya mereka sebenarnya telah berjaya menurunkan lebih 20 peratus risiko kematian akibat penyakit kronik.
‘‘Jangan terlalu berharap dapat mengurangkan 10 peratus berat badan dalam tempoh sebulan kerana ia bukan satu perkara mudah.
‘‘Tetapi, sebenarnya peratus penurunan berat badan juga mampu mengubah tahap kesihatan diri terutama lebih mudah bernafas dan tidak mengalami sakit sendi,’’ katanya.
Sebelum seseorang itu ingin mengurangkan berat badan, pertama, mereka perlu menilai diri sendiri terutama kesediaan diri, komitmen dan sokongan orang sekeliling khususnya keluarga.
MEGA 1 MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!PETIKAN ARTIKEL 3
RISIKO OBESITI...
Sumber Utusan Malaysia
APABILA membincangkan tentang isu kesihatan dan kesejahteraan, berat badan yang berlebihan sering dikait dengan penyakit jantung.
Apatah lagi sekarang ini, bilangan rakyat yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti kian meningkat.
Faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang melakukan senaman dikatakan antara punca masalah ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu bilion manusia seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan jika berterusan kadar obesiti akan meningkat sehingga 1.5 bilion menjelang 2015.
Lebih membimbangkan, obesiti merupakan punca utama risiko penyakit jantung.
Tanpa kesedaran mengambil makanan sihat dan senaman, penyakit ini agak sukar dikawal.
Justeru itu, pendidikan tentang gaya hidup sihat perlu diterapkan sejak peringkat kanak-kanak lagi.
Menurut Pakar Diet Pusat Perubatan Sunway (PPS), Ho Wan Mi, walaupun risiko mendapat serangan jantung di kalangan kanak-kanak tidak tinggi, didikan pemakanan sihat amat penting.
"Trend kanak-kanak sekarang yang semakin gemuk, menyedarkan masyarakat tentang perlunya mengawal berat badan. Misalnya, jika golongan remaja yang berumur 15 tahun mempunyai berat 100 kilogram, ia merupakan petanda yang dia mudah mendapat serangan jantung kelak," jelasnya yang ditemui di PPS, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Jika kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan, mereka perlu mengurangkan pengambilan makanan manis atau berlemak tinggi.
Sebaliknya, jika mereka mempunyai berat badan normal, pemakanan seperti biasa adalah memadai.
Justeru itu, keluarga perlu memainkan peranan penting dalam mengawal pemakanan kanak-kanak.
"Di PPS misalnya, diwujudkan Lean Club yang terbahagi kepada dua kategori iaitu kanak-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak, pendidikan tentang diet yang betul akan diterapkan melalui program ke sekolah yang terpilih.
Amat penting bagi kanak-kanak mengekalkan berat badan yang seimbang untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apabila masuk ke alam dewasa, ditakuti kanak-kanak tidak mampu mengawal berat badan yang mengundang serangan jantung," jelasnya.
Bagi golongan dewasa, mengawal kolestrol, darah tinggi dan diabetes amat perlu untuk mencegah diserang penyakit jantung.
Namun, pengambilan pemakanan yang sihat perlu untuk memberi tenaga.
"Orang ramai digalakkan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol dan lemak tepu.
Bagi mereka yang menghidap darah tinggi dan kencing manis, pesakit perlu mengurangkan pengambilan garam dan gula," katanya.
Secara keseluruhannya, golongan dewasa perlu mengambil diet sihat mengikut piramid makanan.
Mengulas tentang keperluan susu untuk kesihatan jantung, Wan Mi memberitahu, ia bergantung kepada kandungan susu tersebut.
Susu baik untuk kesihatan dan ia mungkin boleh dijadikan sebahagian pengambilan makanan diet.
Namun, gaya hidup yang sihat ditambah penjagaan pemakanan dapat mengurangkan risiko menghidap sakit jantung.
MEGA 1 MENYOKONG KEMPEN MENENTANG H1N1 & OBESITI, SILA DAPATKAN PRODUK MEGA 1 ROSE TEA DAN MEGA 1 CAPSULE SEGERA!!!!
WHO: Kadar Obesiti Meningkat 1.5 Bilion Menjelang 2015
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu bilion manusia seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan jika berterusan kadar obesiti akan meningkat sehingga 1.5 bilion menjelang 2015.
Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Datuk Dr Lokman Saim dalam kajian Morbiditi dan Kesihatan Kedua 1996 mendapati sebanyak 16.6 peratus orang dewasa mengalami berat badan berlebihan dan 4.4 peratus lagi tergolong dalam kumpulan obes.
"Ini bermakna satu daripada lima orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan keadaan ini sangat membimbangkan kerana kegemukan lazimnya dikaitkan dengan penyakit kronik kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi.
"Pencegahan dan perawatan hendaklah dilakukan di peringkat awal dengan mengamalkan pemakanan seimbang selain amalan gaya hidup sihat," kata Dr Lokman semasa merasmikan Program Kesedaran Obesiti peringkat PPUKM di Lobi Utama PPUKM di sini hari ini.
Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut mengadakan pameran, melakukan analisis lemak, pameran makanan dan indeks jisim badan (BMI).
Dr Lokman berkata program ini adalah satu usaha mengalakkan orang ramai menyedari tentang masalah obesiti sekaligus memberi pendidikan dan rawatan berkaitan gejala tersebut.
"Penganjuran program seperti ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan dalam menyokong usaha kerajaan bagi membentuk kesedaran kesihatan di kalangan warga kerja PPUKM khususnya dan rakyat Malaysia amnya," jelas Lokman.
Seorang pengunjung program tersebut, Husin Hasan, 62, dari Tampin, Negeri Sembilan berkata program ini mampu membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap masalah obesiti dan pemilihan makanan yang berkhasiat.
-- BERNAMA